18/10/2026
Jom kembali ke era retro dan terokai pelbagai koleksi fesyen vintaj, pakaian bundle serta barangan nostalgia di KPSA Night Market – Edisi 02: Vintage & Thrift!Berlangsung pada 24 & 25 Oktober 2026, dari 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam bertempat di Lorong Belakang @ SA Sentral, Kompleks PKNS Shah Alam.Edisi kali ini menghimpunkan pilihan pakaian vintaj, fesyen terpakai terpilih, koleksi retro, jenama tempatan dan pelbagai barangan unik dalam suasana pasar malam urban yang santai dan kreatif.Temui koleksi menarik, serlahkan gaya tersendiri dan nikmati pengalaman membeli-belah yang berbeza di tengah-tengah bandar Shah Alam!








